.daftar akaun. |
Bagaimanakah untuk mendaftar? |
|
|
|
- Untuk mendaftar anda dikehendaki pergi ke Log Masuk seperti yang ditunjukkan dalam bulatan seperti gambar rajah diatas.
- Kemudian klik butang tersebut. Paparan seterusnya akan keluar seperti gambar rajah dibawah.
|
|
|
|
- Kemudian klik butang dan seterusnya akan ke paparan seperti yang ditunjukkan gambar rajah dibawah.
|
|
|
|
- Isikan nama pengguna yang anda ingini. Ingin diingatkan bahawa panjang nama pengguna anda hendaklah TIDAK melebihi 10 karakter dan mestilah dalam satu (1) perkataan, tiada ruang diantara dan hanya abjad dan angka dibenarkan guna (Contoh – ABC…Z, abc…z, 012…9).
- Masukkan kata laluan anda sebanyak dua (2) kali. Satu diruang Kata Laluan dan satu lagi di ruang Ulang Kata Laluan. Pengguna diingatkan supaya memasukkan kata laluan yang sama untuk kedua-dua ruang.
- Kemudian masukkan nama penuh anda diruang Nama Penuh
- Masukkan alamat emel yang sah dan aktif.

- Tandakan pada ruangan seperti ditunjukkan di atas sekiranya anda ingin menjadi penjual dalam laman web ini.
- Selepas itu masukkan nombor yang betul seperti yang terpapar pada kotak kelabu pada ruang kosong yang disediakan.
- Sila tandakan pada kotak Setuju dengan Syarat & Terma.
- Tekan butang 
- Ingin diingatkan bahawa ruang yang bertanda * adalah wajib diisi.
- Sekiranya anda tandakan untuk menjadi penjual, halaman di bawah akan dipaparkan

- Pada halaman di atas, masukkan nama penuh syarikat anda
- Kemudian, masukkan nombor pendaftaran syarikat anda
- Kemudian, muatnaik (upload) fail pendaftaran syarikat (ROB) anda sebagai bukti bahawa syarikat anda telah sah berdaftar dengan menekan butang 
- Pastikan saiz fail yang dimuatnaik tidak melebihi 1MB dan jenis fail yang dibenarkan ialah jpg, png, gif, doc, docx, txt atau pdf sahaja
- Tekan butang 
|
|
|
.log masuk. |
Bagaimanakah untuk log masuk? |
|
|
|
- Untuk log masuk ke dalam sistem klik pada butang Log Masuk seperti yang ditunjukkan dalam bulatan seperti dalam gambar rajah diatas.
- Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan dibawah.
|
|
|
|
- Dibahagian Sudah menjadi ahli? Masukkan nama penguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Kemudian tekan butang
- Jika anda berjaya log masuk. Ia akan memaparkan paparan kedai anda seperti yang ditunjukkan dibawah.
|
|
|
| |
|
.jual produk. |
Bagaimana untuk menjual produk? |
|
|
|
- Daripada paparan syarikat anda, klik pada butang produk atau butang perkhidmatan seperti yang ditunjukkan di dalam bulatan seperti gambar rajah diatas.
- Kemudian ia akan berubah kepaparan seperti berikut.
|
|
|
|
- Anda boleh memulakan pendaftaran dengan memasukkan nama produk anda di ruangan Nama Produk/Perkhidmatan.
- Kemudian pilih jenis kategori untuk produk anda di ruangan Produk/Perkhidmatan.
- Pilih Kategori Utama dan Sub-Kategori (jika ada) yang berkaitan dengan produk anda.
- Kemudian klik
|
|
|
|
- Diruang Keterangan, masukkan penerangan atau diskripsi mengenai produk anda.
- Masukkan harga produk anda. Sila pastikan harga produk ialah produk per harga seunit.
- Masukkan berat produk anda dalam kilogram (kg). Sila pastikan berat produk yang anda masukkan tidak boleh mengandungi sebarang karakter lain selain nombor.
- Contohnya: 1, 2.4, 0.4 dibenarkan. Tetapi, 1-2 atau 0-1 tidak dibenarkan. Ini bertujuan untuk pengiraan kos penghantaran produk mengikut berat yang dimasukkan.
|
|
- Anda dikehendaki untuk memuatnaik sekurang-kurangnya satu (1) gambar produk untuk memasukkan gambar produk sila tekan pada butang
. Kemudian pilih fail yang mengandungi gambar produk anda.Ingin diingatkan bahawa maksimum gambar yang dibenarkan muat naik ialah lima (5) sahaja.
- Kemudian masukkan tag yang berkenaan dengan produk anda. Anda boleh memasukkan sebanyak mana tag anda inginkan dan setiap tag hendaklah dipisahkan dengan koma (,)
- Kemudian tekan butang
- Paparan di bawah ini akan dipaparkan.
|
|
|
|
- Anda dikehendaki untuk mengisikan kos penghantaran bagi diruangan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Antarabangsa
- Secara amnya, sistem telah mengirakan kos penghantaran mengikut berat yang anda masukkan sebelum ini(mengikut kos penghantaran Pos Malaysia) sebagai cadangan.
- Kemudian pilih Jenis Penghantaran. Secara amnya, sistem akan memilih Pos Laju sebagai Jenis Penghantaran
- Sila isikan Maklumat Penghantaran. Sekiranya maklumat penghantaran sama seperti di ruangan profil saya, sila tandakan pada ruangan Ikut maklumat penghantaran dari profil saya.
- Sila isikan Maklumat Pembayaran. Sekiranya maklumat pembayaran sama seperti di ruangan profil saya, sila tandakan pada ruangan Ikut maklumat pembayaran dari profil saya.
- Kemudian tekan butang
- Sekiranya berjaya, paparan seperti dibawah akan tertera
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
.edit profil. |
Bagaimanakah untuk edit profil saya? |
|
|
|
- Klik pada Profil Saya seperti dalam bulatan yang ditunjukkan dalam gambar rajah diatas.
- Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan dibawah.
|
|
|
|
- Ingin dinyatakan bahawa nama syarikat dan no pendaftaran syarikat akan automatik tertera apabila anda membuka ruangan ini dan anda masih lagi boleh mengubahnya
- Untuk memasukkan avatar sila tekan butang dan kemudian pilih gambar yang diingini.Ingin diingatkan bahawa dimensi maksimum gambar yang dibenarkan ialah 50 piksel kali 50 piksel (50 x50) sahaja dan saiznya hendaklah tidak melebihi 1 MB.
- Jangan lupa untuk menanda pada ruangan "gantikan fail lama" seperti ditunjukkan di bawah untuk menggantikan fail lama dengan fail yang baru anda muatnaik

- Untuk memasukkan banner kedai anda kemudian klik butang kemudian pilih gambar yang diigini. Ingin diingatkan bahawa dimensi maksimum gambar yang dibenarkan ialah 760 piksel kali 100 piksel (760 x100) sahaja dan saiznya hendaklah tidak melebihi 1 MB.
- Jangan lupa untuk menanda pada ruangan "gantikan fail lama" seperti ditunjukkan di bawah untuk menggantikan fail lama dengan fail yang baru anda muatnaik

|
|
|
|
- Jika anda tidak mempunyai banner yang sesuai anda boleh memilih pelbagai banner yang telah siap sedia dengan menekan butang pilih dari templat.
|
|
|
|
- Isikan keterangan mengenai perniagaan anda di ruangan Keterangan.
- Kemudian masukkan alamat lengkap syarikat anda beroperasi.
- Masukkan telefon nombor perniagaan anda supaya senang untuk dihubungi di ruangan No. Tel.
|
|
|
- Kemudian isikan maklumat yang berkenaan di ruangan Halamanku dan tandakan pada kotak di sebelah ruangan tersebut.
- Contohnya, seperti gambarajah di bawah. Anda perlu tanda pada kotak kecik sebelah kiri logo, kemudian masukkan alamat laman web anda di ruang textbox sebelah kanan

|
- Bagi yang mempunyai akaun PayPal, sila isikan maklumat di ruangan API Username, API Password dan Signature dengan maklumat yang betul. Jika berlaku kesilapan, kemungkinan akaun anda tidak sah.
|
|
|
- Kemudian masukkan maklumat yang berkaitan cara-cara pembayaran yang boleh dibuat di ruangan Maklumat Lengkap Pembayaran.
- Kemudian masukkan maklumat yang berkaitan penghantaran syarikat anda di ruangan Maklumat Penghantaran.
- Akhir sekali diruang Polisi Kedai anda boleh meletakkan polisi syarikat anda ataupun syarat dan terma mengenai sebarang transaksi penjualan dan pembelian dengan syarikat anda.
- Klik butang 
|
|
|
|
|
|
.forum. |
Bagaimanakah untuk menjadi ahli forum W-X? |
- Klik pada butang Komuniti dan Forum akan dipaparkan dihalaman baru.
- Klik pada Register link dibahagian kanan atas halaman.
|
 |
- Setelah selesai membaca Terms, klik pada butang I agree to these term.
|
 |
- Kemudian masukkan nama pengguna di ruang Username. Nama pengguna mestilah dalam lingkungan 8 hingga 20 aksara.
- Masukkan email yang sah di ruang E-mail address dan taipkan semula email yang sama di ruang Confirm e-mail address
- Kemudian masukkan kata laluan di ruang Password dan masukkan kata laluan yang sama di ruang Confirm Password. Kata laluan mestilah dalam lingkungan 8 hingga 30 dan mestilah mengandungi perkataan dan juga nombor.
- Pilih bahasa di ruangan Language
- Pilih zon masa di ruangan Time Zone dari senarai.
- Kemudian masukkan karakter kod yang telah dipaparkan di ruangan Confirmation Code. Sekiranya karakter kod tidak dapat difahami, klik butang Refresh Confirmation Code
- Tekan butang 
|
| |
 |
| |
- Anda akan dibawa ke paparan seperti diatas jika anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan log masuk.
- Sekiranya anda hendak menulis post hanya tekan pada tajuk forum dan anda akan dibawa ke paparan tajuk forum yang anda pilih.
|
| |
 |
|
|
| |
| |
| |
| |